top of page

Misi Volunteering Di Zoo Negara! (boleh ke?)

Updated: Jan 27, 2021

Hai guys,assalamualaikum semua, saya doakan semoga semua pembaca blog abah kucing berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dipermudahkan segala urusan walau dimana anda berada, untuk perkongsian kali ini, saya nak share satu program yang pernah saya dan kawan-kawan saya anjurkan pada beberapa tahun yang lalu, yang saya rasa sangat menarik untuk kawan kawan semua, mungkin tak pernah tahu.

*PROGRAM VOLUNTEERING DI ZOO NEGARA MALAYSIA DATE: 5/8/2019

*hehe ni sebelum covid berlaku ye so jgn kecam saiya okay..

biasa kalau dengar tentang program volunteering, biasanya kita buat program, bersih pantai, gotong-royong, bantuan bencana, kutipan amal atau program program kepimpinan, tapi tahukah anda, kita juga sebenarnya boleh buat program volunteering di Zoo! ya di zoo, bersama haiwan-haiwan yang pelbagai saiz dan spesies, tapi, bagaimana? boleh ke?macam mana proses? apa aktiviti buat? haaa santai... teruskan membaca saya akan share semuanya dalam penulisan saya pada kalini .. *disclaimer ini bukan paid review yaa just berkongsi pengalaman yang sy dpt bersama para pembaca baik, jadi sebenarnya untuk Zoo negara, saya tak pasti di Zoo lain ada atau tidak, boleh check , memang sudah ada program volunteer ini atau lebih dikenali sebagai "keeperKu programme" tak silap saya, sejak beberapa tahun yang lalu memang dah buat. cuma mungkin ramai yang tak tahu sebab mungkin 'marketing' yang kurang dari pihak mereka, (kat bawah saya share link) dan kebetulan pada waktu tu, saya dengan beberapa kawan saya memang tengah cuti semester, jadi kami terbaca tentang program ini di internet dan terfikir untuk mengajak lebih ramai orang untuk turut sama bersama kami untuk join. jadi kami berpakat untuk pilih satu tarikh supaya orang yang nak join program ini boleh hadir bersama sama dengan kami, jadi kami share dekat semua media sosial yang ada, fb,ig,ws,twitter dan lain lain, hampir seminggu promote, akhirnya kami dapat participant yang berminat hampir 40 orang dari serata malaysia, ada yang kenal ada yang tak kenal haha tapi, itulah yang bestnya!


*poster yang kami sebarkan okayy, basically untuk buat program ni simple sahaja, kita cuma perlu call "education department" di zoo negara untuk booking tarikh dan inform bilangan volunteer, bila kita nak datang, bawa dan isi form yang disediakan dan make sure bawa item yang diminta (ic,kad pelajar) (saya share link kat bawah juga untuk form dan contact education department) kemudian bila dah book dan buat pembayaran, perlu datang ke Zoo pada tarikh ditetapkan seawal pukul 8 pagi tau kalau boleh awal awalkan lagi.. haha jangan lewat ya oh yaa, untuk para volunteer yang isi form dan dah buat booking, fees untuk tiket masuk akan diberi diskaun, kalau harga biasa untuk dewasa tak silap saya dalam RM45 tapi untuk volunteer , diberi harga RM30 so hmm, okay lahtu murah sikit lah kan. hehe okay so saya share tentang apa yang kami buat kat sana pulak okay? hehe teruskan membaca... 8 pagi pukul 8 pagi peserta semua sepatutnya dah kena ada kat sana sebab biasanya aktiviti yang best-best macam, bagi haiwan makan, mandikan haiwan dan lain lain tu biasanya dibuat waktu pagi sebelum pengunjung datang .Zoo akan mula operasi pada pukul 9 pagi tapi biasanya orang start ramai bila dekat tengahhari dan waktu petang, disebabkan kami ni datang berasingan, dari serata malaysia hehe jd byk masalah semasa dalam perjalanan jadi dalam pukul 9 jugaklah baru semua dapat berkumpul, u guys makesure datang awal ya, sbb nanti taboleh buat aktiviti2 yg saya cakap tu, and biasanya kalau volunteer datang lewat pihak zoo takkan layan dah dan suruh book hari lain, atau masuk tapi bayar harga pelawat biasa..haaa, cuma kebetulan rezeki kami waktu tu, memang tak ramai pelawat and staf . so depa kata on sahaja ehehhee.

9 pagi semua berkumpul (lewat sbb mslh td sobs) , walaupun ada beberapa sahabat kami yang tak sempat datang mereka melencong terus ke pavillion hahha insyallah takde rezeki kalini akan datang kita boleh buat lagi ya?, kemudian selepas selesai buat pembayaran, semua peserta submit form dan dapat gelang untuk masuk ke dalam kawasan zoo, sebelum mula kerja, kami di brief oleh pengurusan di sana tentang (do's and dont's) dan kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut department masing2, ada yang dapat savannah, small animal, orang utan, dll and sebenarnya ada banyak department yang ada cuma bergantung pada mereka nak letak kita kat mana, and *kita tak boleh nak tentukan apa aktiviti kita kat sana,sbb semua bergantung pada keperluan dan pengurusan di sana. (usha link kat bawah untuk tahu dept yang ada) 10 pagi-1 petang masa ni semua dah bergerak ke department masing masing, dan dah mula buat kerja, ada yang kena bagi makan kat zirafah, ada yang menyapu ada yang kena basuh kandang Orang utan, kutip sampah , bagi vitamin dll lagi ,haha memang banyak sangat aktiviti yang boleh buat, tp still bergantung pada kebenaran dan keperluan zoo keeper kat sana, jgn memandai bagi makan kalau tak disuruh nanti ada yang mendapat haha..


*dengan mr beruang kutub , yang betul tak jumpa ini pon bole la, tinggi betui

* habis kerja pegi melawat si makhluk pemalas ni, seronok dia duduk dalam aircond, makan banyak kerja makan tido,

*suap makanan kat si leher panjang satu ni kikiki 1ptg- 2ptg waktu rehat, haa korang tak boleh bawak makanan masuk dalam zoo tau, depa tak bagi, cuma nanti boleh deal dengan management, dalam sana ada cafe untuk staf dan juga volunteer, harga dia pun lebih berpatutan dan affordable gitu, so lepas rehat sekejap sembang2 dengan zoo keeper yang ada, bincang ngan kawan2 masing masing buat apa kat department masing masing 2ptg-4ptg sambung kerja kerja yang masih ada, mengemas, membasuh,menyapu kebanyakkanya, dan bagi department yang dah habis awal atau dah siap kerja daripada pagi, waktu ni kami dibenarkan untuk besiar siar dalam zoo ni macam pelawat biasa sampailah waktu operasi tutup so boleh masuk semua fasiliti dalam zoo termasuk tempat panda, rumah rama-rama, naik kereta buggy dan lain lain, haha part ni la best sebab free je semua kalau jadi volunteer. .............

okay so lepas dah penat bersiar-siar semua kami berkumpul untuk berjumpa semula semua peserta dan bagi kata-kata akhir, berkenal kenalan dengan rakan-rakan baru yang terbaca poster tersebut kat laman sosial, dan bertukar tukar ig dan ws haha masa ni la nak jual saham sikit wkkw gurau, then mcm biasa, bagi kata penutup, amik gambar dan bersurai, masing2 pulang ke rumah masing2.

*penambahbaikkan jika boleh pihak zoo buat penambah baikkan dari segi -harga promotion untuk student *datang dalam group -atau harga kekal cuma makanan,minuman sedia pack untuk volunteer -sijil untuk peserta ikut kategori, 5 /10/15/40 jam -skop dan pembahagian tugas lebih sekata dan variasi

-rekod/dokumentasi bagi volunteer yang nak ulang lagi/kelebihan tertentu cthnya: jika dpt buat volunteer 40 jam dapat kad pengurangan harga tiket spnjg tahun sbyk sekian sekian percent.

dari segi peserta -penjagaan masa -pendokumentasian dan hebahan - persediaan diri/boot/sarung tangan/air mineral/topi -cenderamata dan penghargaan


*sijil dari pihak penganjur ,buat kenangan dan cenderamata, OVERALL program ini sangatlah menarik, bagi sesiapa yang memang berminat dengan program volunteering atau minat dengan haiwan, boleh cuba ajak member-member untuk buat program macamni untuk masa akan datang, pendapat saya, pihak zoo sangat memerlukan volunteer seperti anda dan ajak lebih ramai orang untuk datang ke zoo supaya keadaan ekonomi mereka menjadi lebih baik! pada masa yang sama banyak perkara dan kenalan baru yang kita boleh dapat dan belajar,buat lebih baik,improve dan tersusun, akeyh insyallah jika ada apa apa kesalahan atau soalan, boleh email pada saya atau komen di ruangan komen, okay sampai situ sahaja untuk kalini ini semoga bermanfaat ya!! assalamualaikum LINK BERKENAAN DENGAN PROGRAM

Education Department Zoo negara : +603-4108 3422 / education@zoonegaramalaysia.my

6 Comments


Nur Asyura Iwana
Nur Asyura Iwana
Mar 29, 2024

Hai nak tanya tentang ID pelajar tu, perlu bawa hardcopy dia dan tunjuk masa kat kaunter je kan? Proses nak checkout registration ticket tu ada ke dia mintak snap id pelajar kat situ?

Like

Syazana
Syazana
Dec 19, 2023

Memang harga tiket mahal ke?sebab saya emel dan mereka mengatakan harga tiket RM35.Memang sangat mahal untuk pelajar.Kalau mahal susah sikit pelajar nak join sukarelawan di Zoo

Like
sapikhalim11
sapikhalim11
Dec 19, 2023
Replying to

Haah betul, tak silap saya masa program ni, harga diskaun daripada rm45 kepada rm30 diberikan untuk kami untuk lebih kurang 30 orang , full access untuk semua bahagian dalam zoo, mungkin awk boleh berbincang dengan pihak disana ,mungkin kalau makin ramai boleh diskaun lagi.. cumanya untuk sijil & makanan tu masa saya buat program ni tak disediakan jadi kena pastikan juga


Like

in 2023, by reading this.. its really help me a lot making my work paper. thank you so much sir and may Allah SWT bless you. thank you sooooo much ^^

Like

Muhd Zal Hasmi
Muhd Zal Hasmi
Jan 27, 2021

Wow seems u have a lot of fun there !

Like

sapikhalim11
sapikhalim11
Jan 26, 2021

hello guys feel free to drop ur comment here. spread the love!

Like
bottom of page