top of page

5 Baka Kucing Yang Anda Perlu Tahu! ( Semua comel!!)

Updated: Jan 4, 2021


1.Maine Coon










Maine dari namanya menunjukkan bahawa si bulus besar ini berasal dari Amerika Utara, memang senang nak kenal baka ni sebab dia baka kucing domestik paling besar dan bulunya lebat di seluruh tubuh dengan bentuk muka yang sangat unik ,boleh mencapai berat sehingga 5.8kg-8kg untuk jantan kalau betina 3.6-5.4kg haha bayangkan si bulus ini menghempap atas muka anda waktu tidur terus inalillah, perwatakan baka ini sangat manja dan suka dibelai, dan disebabkan badan dia yang besar sudah tentu makannya pun banyak, si mainecoon dewasa perlu makan hampir 500 calories setiap hari, 2.Scottish Fold



Si comel bulus ini sebenarnya mempunyai masalah genetik yang menyebabkan telinganya kelihatan bengkok dan telipat dek kerana cartilage dekat telinga dia degenerate tapi walaubagaimanapun, ia merupakan satu kecacatan yang indah! fold pada namanya diberikan berikutan ciri unik ini, tempat asal si comel ini adalah dari negara scotland sebabtu lah namanya scottish, boleh mencapai berat sehingga 4kg-6kg bagi jantan dan 2.7kg-4kg untuk betina,ahhahaa dengan mata yang besar,bentuk kepala dan telinga yang menyerupai burung hantu dia juga digelar sebagai "owl cat" bulunya kemas dan sangatlah manja dan sesuai dijadikan haiwan kesayangan di rumah, penjagaan dan pemakanan yang rapi perlu diberi kepada baka ini disebabkan oleh risikonya pada penyakit tulang dan cartilage




3.Munchkin


munchkin si kaki pendek ,kurang pemiliknya dimalaysia kerana mungkin harga yang tinggi dan susah untuk dapatkan, walaupun baka ini mempunyai banyak kontroversi dari segi pembakaannya sebab dikatakan tidak ethical kerana menggalakkan pembiakan "kecacatan yang disengajakan" ,munchkin adalah baka yang beauty with brain orang kata kikiki, sangat pintar dan cantik dari rupa parasnya,nama munchkin dikatakan diambil daripada watak dalam filem classic "the wizard of oz" kerana karakter munchkin dalam cerita itu juga mempunyai kaki tangan yang pendek dengan mata yang besar, hidung dan telinga yang kemek, juga dua pasang kaki yang pendek, munchkin kelihatan sangat comel anda pasti akan suka dan jatuh cinta dengan si bulus yang satu ni sejak dari pandang pertama, si kemek ini dapat mencapai 3kg-4kg untuk jantan dan 2kg-3.5kg untuk betina,jadi kenapa kaki munchkin pendek? sebenarnya baka ini juga mempunyai masalah mutasi dari genetiknya yang disebabkan oleh gen dominan autosomal yang menyebabkan tulang pada kaki kucing ini mengecil, tetapi kucing ini adalah baka yang sihat dengan lifespan selama 12 hingga 15 tahun sekiranya dijaga dengan baik dan tidak terkena penyakit,baka ini bersifat sangat ramah ,manja dan mempunyai daya ingin tahu yang sangat tinggi. comelkan? rasa nak peluk gigit ja..hihi




4.Persian/Parsi



terkenal dengan bulunya yang lebat gebu, comel dan montel boleh capai hingga 3.5kg-5.5kg haha Persian cat atau orang kita panggil kucing parsi adalah merupakan baka kucing yang tertua pernah direkodkan dikatakan berasal dari negara iran dan baka yang sangat terkenal di seluruh dunia juga dikenali sebagai kucing bangsawan kerana perwatakan dan rupa parasnya. dek kerana bulunya yang tebal dan panjang, penjagaan bulunya perlu diambil perhatian ya, pendek kata kalau nak bela parsi ni kena rajin rajin la hantar pergi grooming, , kucing yang satu ini merupakan kucing yang sangat santai dan suka lepak lepak sahaja, sesetengah orang menggelarkan mereka sebagai "perabot bulu" sebab kebanyakan masa dalam sehari dia akan spend dengan tidur sahaja dan dia juga sangat tidak suka pada bunyi yang bising seperti bunyi kanak kanak dan lain lain,walaupun comel dan kelihatan elegan baka persia mempunyai risiko tinggi dalam masalah mata dan pernafasan jika penjagaan kebersihan dan kesihatan kurang dititikberatkan satu lagi perkara menarik, terdapat banyak variasi pada bentuk muka kucing parsi seperti flatnose persian, himalayan persian,medium persian dan peaknose persian.. hmm mungkin saya akan buat satu posting lain khusus untuk ceritakan variasi dalam baka persian ini hihih okay stay tune ya!


5.Kucing Kampung





pasti ramai yang pernah lihat dan jumpa kan dengan baka yang satu ini? hahaha iya mereka adalah kucing kampung dan merupakan baka kucing yang paling banyak disekitar kita,mungkin ramai merasakan kucing kampung merupakan baka kucing yang biasa biasa sahaja kerana rupa bulunya yang kurang lebat dan kurang terkenal berbanding baka lain,namun jangan pernah sesekali memandang rendah pada baka yang satu ini kerana mereka mempunyai begitu banyak kelebihan berbanding baka baka yang lain, kucing kampung ataupun "malay cats".baka ini adalah hasil daripada banyak kacukan baka daripada kucing zaman dahulu, kebanyakan kucing kampung sangat mudah dibela kerana daya tahan penyakitnya yang tinggi dan juga makannya sangat kurang memilih, beri sahaja ikan, sisa ayam, nasi atau apa sahaja mereka makan ahaha tolak batu dan kayu sahaja.. kucing kampung sangat jinak dan aktif ia suka bermain dan mempunyai rasa ingin tahu yang sangat tinggi,karakteristik pada kucing kampung adalah sangat banyak ,ada yang bertompok ada yang bergaris ada yang berbulu pendek ada yang berbulu panjang dan mempunyai banyak variasi warna seperti putih hitam,oren, kelabu dan bercampur antaranya.mereka adalah merupakan baka kucing yang paling handal dalam bab memburu, oleh itu jangan risau dengan gangguan tikus sekiranya anda membela kucing ini , baka bulus ini jika diberi makanan yang cukup dan berkualiti mereka juga akan membesar menjadi kucing yang cantik dan comel . oleh itu janganlah disepak sepak kucing kampung yaa sebenarnya mereka sangat baik,cantik,patuh pada tuannya sekiranya kita menjaga mereka dengan baik




so macamana? menarik tak perkongsian pada kali ini, jika terdapat sebarang komen atau apa apa boleh comment di bawah ya? terima kasih kerana support dan baca penulisan saya pada kali ini insyallah jika ada rezeki dan kelapangan saya akan share banyak lagi info info menarik serta berkongsi pengalaman dan nasihat dalam kehidupan ya, until then there is no god except Allah, assalamualaikum w.b.t and have a nice day ahead! tq guyss see yaa again yaaa!👌😊







1 Comment


sapikhalim11
sapikhalim11
Jan 26, 2021

hello guys u can drop ur comment here. spread the love!

Like
bottom of page