Kenapa tak boleh bagi Penadol pada Kucing? (jangan sesekali buat tau!)
- sapikhalim11
- May 21, 2021
- 4 min read
Hai assalamualaikum salam sejahtera semua sidang pembaca semoga sihat hendaknya., dah hampir dua purnama penulis berehat dan menyepi dahulu kerana ingin memberi laluan kepada bulan Ramadhan dan Syawal yang mulia Alhamdulillah kali ini saya terpanggil semula untuk menulis disini...sebelum tu nak tanya dulu...puasa penuh tak tu semua? hhihi kalau puasa penuh Alhamdulillah nanti pm tepi nak duit raya okay? kikiki

.
.
.
.
.

Orait so Bismillahirahmanirahim... inshallah kali ini, saya akan share sedikit info berkenaan kenapa kita tak boleh bagi penadol pada kucing. okay first and foremost kita bincang dahulu, apa tu penadol?

okayy sebenarnya penadol ni adalah brand, ada banyak brand yang ada kat pasaran contohnnya macam uphamol, paracil dan lain lain..
active atau functional ingredient dalam penadol ini adalah "paracetamol atau juga dipanggil "acetaminophen"di beberapa negara dan tempat.
so apa fungsi paracetamol ni?
okay biasanya ianya adalah sejenis drug yang 'Manusia' gunakan untuk merawat sakit sendi, otot, atau pening kepala ,atau demam dan lain lain..
painkiller yang paling common la sy rasa.. mesti dalam setiap buah rumah tu mesti korang ada simpan jugak penadol ni kan?
jadi kenapa ada orang nak bagi kucing makan penadol? kucing ada demam ke?

jawapanya iyaa.. kucing seperti manusia juga boleh terkena demam dan juga selsema.. , demam ini sebenarnya kalau kita belajar physiology adalah tindak balas sistem immune badan untuk melawan bacteria .. dengan cara badan meningkatkan suhu.. so bacteria akan lebih cepat mati.. suhu normal bagi kucing adalah 37-39 celcius.. lebih daripada itu biasanya kucing anda mengalami demam, camna nak ambil suhu? hahaha biasanya dr akan ambil rectal temperature.. rectal tu apa? haaa cari sendiri... okay..so kalau kucing pun demam, kenapa tak boleh bagi penadol pulak? okay secara alaminya saya nak share la jugak common sense, biasanya antara cara survival dalam hutan, bila kita nak kenal pasti sesuatu buah , daun tu boleh dimakan kaedahnya, kita lihat sekiranya ada haiwan lain, ulat, burung yang makan tumbuhan, buah itu terlebih dahulu.. sekiranya dorang makan tu selamat maka selamat juga lah buat kita.. dalam pembuatan drugs.. sebelum sesuatu ubat itu digunakan pada manusia, berpuluh ribu kali uji kaji telah dilakukan dan dijalankan pada binatang, untuk memastikan ianya selamat untuk human consumption.. tapi kat sini kita kena fahamm, "ubat yang digunakan haiwan, kebanyakannya selamat buat manusia, tetapi ubat yang digunakan oleh manusia belum tentu selamat buat haiwan".. kenapa? sudah tentu lah oleh kerana dose dan kandungan yang digunakan adalah berbeza beza ...oleh kerana haiwan juga berbeza saiz,species dan berat badan dan lain lain..maka ubat ubat manusia tidak boleh sewenang wenang nya digunakan kepada haiwan..begitu jugalah sebaliknya..okayy dalam kes perbincangan kita pada hari ini ... penadol!
mungkin ada owner diluar sana yang terpikir ah kalau kucing demam ,, bagi penadol je..nanti sihatlah tu.. jangann!! haaaaa, sy ulang.....jangan sesekali macam ni yeee...
paracetamol adalah sangat merbahaya dan fatal bagi seekor kucing. 50-100mg/kg paracetamol sudah cukup untuk membunuh seekor kucing, bayangkan satu tablet yang biasa kita makan mengandungi sebanyak 500 mg/kg paracetamol.
kucing tidak mempunyai enzyme khas seperti manusia yang boleh mencernakan (breakdown) paracetamol .. untuk digunakan dalam badan,
apabila paracetamol ini tidak dapat dicernakan, ia akan terkumpul (accumulate) dan menyebabkan toxicity berlaku.

apabila toxicity berlaku pada kucing ia boleh menyebabkan kerosakan pada hati(hepatoxicity) , dekat hati inilah segala proses asimilasi nutrient makanan berlaku..juga sangat penting dalam proses penghasilan rbc, paracetamol toxicity juga boleh menyebabkan kerosakan ginjal dan sel darah merah (red blood cell) kucing tak dapat membawa oksigen dengan baik..
kesan2 paracetamol boleh dilihat dalam tempoh 4 jam setelah kucing diberikan paracetamol antara kesan kesan yang boleh dilihat
1. kesukaran bernafas (breathing difficulties)
2. kehadiran darah dalam urine
3.jaundice
4.pembengkakan pada muka, tapak kaki kucing
5.Gusi bengkak bewarna brown,
6.kucing lemah,tak makan
jika tak diberikan rawatan dengan cepat akan menyebabkan kematian serta merta. dalam tempoh 24-48 jam..
..kerosakan pada liver juga adalah irreversible, bermakna walaupun setelah dirawat, ia akan meninggalkan scar tissue yang akan menyebabkan kesan jangka panjang pada kucing.
jadi in conclusion saya nak cakap kat sini..jangan sesekali buat pandai bagi penadol pada kucing kang dek kerana kepandaian kita, nyawa kucing tersayang yang melayang..

Okay so kalau kucing kita demam, apa perlu dibuat?
okayy kat sini saya nak share...beberapa cara yang boleh dilakukan untuk merawat kucing yang demam..
1. sejukkan badan kucing- letakkan di bawah kipas, teduhan supaya dapat menurunkan suhu kucing
2.bagi minum air secukupnya- sediakan air yang secukupnya supaya kucing tidak terhidrasi
3. Bagi suplemen dan vitamin - okay kalau suplemen ini untuk menambahkan tenaga manakala Vitamin kita bagi untuk tingkatkan selera Kucing.. macam kita juga lah biasanya kalau demam, kan xslera nak makan..kalau dah makan macam biasa semua..inshallah lama kelamaan badan kita makin kuat dan makin sihat.
4. berjumpa veterinar untuk mendapatkan ubat demam - di klinik dr akan presribe ubat ubatan yang selamat dengan dos yang sesuai dengan berat kucing anda.
haaa jadi macamana ? dapat ilmu baharu tak harini? kalau dapat Alhamdulilllah..
oraitt jadi sampai di sini dahulu perkongsian kita pada kali ini..Inshallah sekiranya ada rezeki saya akan share lagi di lain masa. okay? stay tune,, stay safe ... jaga diri jaga sop..duk rumah elok elok..Assalamualaikum..byeeeee
Sungguh berinformasi Tuan