top of page

6 Peringkat Hidup Kucing ( extra 5 fakta menarik tentang si bulus)

hi guys, Alhamdulillah berjumpa lagi dalam penulisan saya pada kali ini dalam blog abah kucing,semoga para pembaca sentiasa dalam rahmat Allah dan dipermudahkan urusan dan rezeki walau dimanapun anda berada, ehehehe dah habis final semester ni insyallah baru saya berkesempatan nak tulis lagi dalam ni, insyallah doakan saya sentiasa istiqamah untuk berkongsi perkara-perkara menarik bersama para pembaca sekalian,


okay untuk kali ni saya nak share tentang 6 peringkat dalam hidup seekor kucing secara kasar je lah eh, daripada hari pertama lahir sampailah kucing dianggap tua,daripada kecik sampailah besar gedebok heehe, kadang-kadang tanpa sedar kita membesar sama sama dengan diorang ni, daripada firstday lahir kecik molek sampailah si bebola bebulu tu jadi besar gedabak kerja tidor sahaja sepanjang hari hihihi..

secara purata seekor kucing boleh hidup selama 12-15 tahun, kucing yang disimpan dalam rumah boleh hidup dengan lebih lama kerana kurangnya risiko jangkitan ,penyakit pergaduhan ,kelaparan,kemalangan dan lain-lain , jika nak dibandingkan dengan kucing yang hidup secara liar ataupun diluar rumah, kucing tertua pernah direkodkan berumur 30 tahun iaitu si rubble baka Siamese Texas ok, letsgo to our topic, fasa yang pertama dalam hidup kucing adalah,


1.Anak Kucing ( 1hari-6bulan)

*masa umur ni , 4 minggu still dikira baby kucing ,6 bulan dikira kucing kanak kanak


biasanya dalam minggu pertama ni, mata anak kucing masih akan tertutup, sampailah minggu kedua, mata anak kucing akan terbuka sikit demi sikit dan gigi pertama anak kucing akan mulai tumbuh,minggu ketiga anak kucing akan makin membesar dan aktif, dan pada minggu ke empat barulah gigi taring pertama anak kucing akan tumbuh, kucing akan mula putus susu se awal 5-8 minggu masa ni dah mula boleh campur makanan basah dan kering sikit demi sikit dan dinasihatkan kalau korang nak ambil anak kucing daripada ibunya,biarlah anak tu putus susu dahulu, , semua gigi susu anak kucing akan tumbuh sebaik sahaja mencecah umur 7-8 minggu.


daripada minggu 1-5 anak kucing memang sangat mudah dijangkiti cacing, penyakit2 seperti conjuctivitis dan lain lain, mereka biasanya boleh dapat jangkitan tersebut daripada susu ibu kucing sendiri,persekitaran atau pun faktor faktor lain (akan dibincangkan dalam penulisan saya yang seterusnya)

jadi nak deworm anak kucing dah boleh start se awal anak kucing berumur 2 minggu ( bila nak deworm? bila nak vaccine? macamana? kat mana? berapa kos? yang ni pon saya akan tulis dalam entry yang lain ya hihi stay tune guys!) .ok spay/neuter juga boleh dilakukan pada amnya se awal anak kucing berumur 5 bulan. bergantung pada saiz dan baka seekor kucing.

dan vaccine booster yang pertama juga boleh diberi se awal kucing berumur 4-5 bulan.(guidle dan tips penjagaan untuk neuter kucing ni pon saya akan share pada masa akan datang ok?)


2. Junior ( 6 bulan- 2 tahun)


*masa ni kira 1tahun dikira kucing tu dah muda remaja belasan,2 tahun dikira kucing 20 an alam mahasiswa , hehe

secara puratanya kucing akan mula mencapai 'sexual maturity' kematangan seksual se awal berumur 6 bulan bergantung kepada saiz,baka dan tempat ia dibesarkan dan dietary serta perkembangannya,


penghasilan testosterone kucing bermula sejak daripada berumur 2 minggu lagi sebenarnya cuma sperma kucing jantan hanya akan dihasilkan semenjak kucing berumur 5 bulan-7bulan sama juga dengan masa ovulasi kucing betina, sekitar berumur 6-8 bulan kucing betina akan mula berovulasi dan bergantung pada saiz dan baka masing2,, dan biasanya akan mula galak dan mengawan antara umur 8-12 bulan, anda akan melihat kucing anda akan mengeluarkan bunyi yang bising ,kucing juga akan 'mark' teritory mereka sebagai tanda kawasan mereka dan menarik jantina yang berlainan dengannya terhadap bau yang dihasilkan. behavior ni boleh dilihat selama 10 hari kerana mereka biasanya akan on heat dalam tempoh 10-14 hari, sehingga dapat mengawan ataupun sudah selesai fasa ovulasi tersebut.kalau kucing betina umur 8 bulan ke setahun ni akan nampak mereka galak kerana masa ni adalah tempoh mereka baru baligh, alah, macam kita la juga kan? zaman cinta cinta monyet ikikiki,



3. Umur Perdana (3-6 tahun)


*dalam umur 3-4 tahun kira dah kucing awal 30 an, kalau manusia tu kira zaman ni dah mula slow2 sustain, matured dah ada family anak sorang slow2 membina ekonomi keluarga gitu,


waktu ni perwatakan kucing akan jadi sangat complete, perilaku nya boleh jadi rutin dan mereka sudah tahu kebiasaan kebiasaan yang mereka lalui selama ini, seperti nama panggilan,waktu makan, tempat kesukaan, panggilan kesukaan dan lain lain.sistem immuniasi kucing akan berada pada tahap yang mantap pada umur ini , dan juga kesihatan seksual dan fizikal kucing juga berada pada tahap yang paling optimal pada umur ini.


kucing betina akan bunting dan hamil dalam tempoh 65 hari lebih kurang dalam 2 bulan lebih, secara puratanya seekor kucing boleh melahirkan 5 ekor anak dalam satu masa kehamilan, tetapi beberapa keadaan yang rare pernah mencatatkan seekor kucing pernah melahirkan 19 ekor anak pada satu satu kehamilan, menarik bukan? biasanya kucing betina akan mula on heat balik dan sedia untuk mengawan selepas anak kucing mereka dah mula cerai susu, iaitu dalam tempoh 5-8 minggu. macam mana dengan kucing jantan? heh, tanya la sendiri si oyen, bertanggungjawab ke tak? hahahaa



4.Matang (7- 10 tahun)


*kalau kira masa ni kucing umur 7-8 tahun tu ibarat nya dah taraf awal 40 an,kehidupan dan ekonomi serta keluarga dan stabil, dah taraf bapak bapak dah, kucing 10 tahun ni kira dah ibarat 50 an dah kalau untuk manusia, masa ni kesihatan kucing juga sangat optimum, kucing sangat cerdas dan juga aktif tapi tidak se aktif waktu anak kucing, bulu kucing akan kelihatan sihat dan cantik apabila kucing sudah mencapai umur matang. deria penglihatan dan pendengaran kucing juga masih dalam keadaan yang baik tetapi apabila kucing masuk ke umur 9-10 tahun, kemampuan serta keadaan kesihatan kucing akan berkurang,


dah nak tua ke tu? hewhew


5.Senior (11-14 tahun)



kucing umur 12-14 tahun ni ibarat dah datuk datuk, senior citizen gitu, umur baya 60 an kalau dalam umur manusia,mereka dah sangat matang. kurang aktiviti,kurang cergas, kurang bermain dan lain lain,kucing akan menunjukkan tanda tanda penuaan sejak berumur 7 tahun lagi tetapi gejalanya dapat dilihat secara fizikal bermula 12 tahun ke atas, kebiasaanya pada umur sebegini, tubuh badan kucing akan menunjukkan kesan kesan kucing yang dah tua,sel sel dalam badan nya akan menjadi kurang efektif, aktiviti melambat sistem sistem dalam badan sudah menjadi kurang cekap termasuk sistem imunisasi,sistem jantung dan pengaliran darah.


boleh juga lihat pada cara mereka makan untuk kucing yang sudah berumur dan tua kemampuan mereka untuk menghidu dan mendengar juga akan berkurang, yang akan memberi kesan kepada, cara mereka makan, ada juga masalah lain seperti masalah gigi, gusi dan lain lain yang boleh menyebabkan kurang selera makan dan penurunan berat badan,


hmm kucing betina yang tua menopause ke? jawapanya tidak, kucing takde istilah menopause sebab mereka tidak menstruate seperti manusia..so kucing boleh hamil sepanjang hayat mereka unless dah kena spay/neuter hehe okay.


Super senior ( 15 tahun ke atas)


* kalau umur 15 tahun ni ibarat moyang-moyang dah kalau manusia 80 an ke atas


masa kucing di umur ni, lagi banyak tanda tanda penuaan yang boleh dilihat selain daripada cara permakanannya, antaranya bulu kucing akan kelihatan memutih,kasar,jarang dan kualiti bulunya akan berkurang, kerana kalenjar sebum yang menghasilkan minyak yang boleh memberi nutrisi kepada kulit dan bulunya menjadi kurang produktif , di umur ini juga, sistem imunisasi kucing juga menurun oleh itu, kucing super senior, ni sangat berisiko terhadap pelbagai penyakit, masalah pencernaan dan lain lain juga boleh terjadi apabila kucing meningkat tua ke umur ini. kucing tua akan lebih banyak tidur berbanding melakukan aktiviti -aktiviti seharian kucing yang lainnya, dan masalah masalah kesihatan ini lah antaranya yang akan menyebabkan kucing tua akan sakit dan mati, ( apa tanda tanda kucing sakit dan nak mati? haaa insyallah itu saya akan kongsikan dalam penulisan yang seterusnyaaa stay tune juga ya) okayy so tulah dia 6 Peringkat kehidupan seekor kucing, bermula daripada lahir ,sampailah ke umurnya jadi nenek moyang dan tua, macamana perkongsian kali ni? saya harap semoga perkongsian pada kali ini bermanfaat dan menarik buat para pembaca blog abah kucing yang saya kasihi sekalian insyallah nanti saya share lebih banyak perkara untuk anda semua, okayy trima kasih kepada semua pembaca, see youu guys laterr bye byee..


okay ni saya payung 5 fakta menarik hehe..layannn


5 Fakta Menarik tentang kucing


1. Rasa takut pada kucing dipanggil 'Ailurofobia'.


2. 25% pemilik kucing yang memandikan kucing mereka akan mengeringkan kucing mereka menggunakan pengering mereka.


3. Bahagian yang lembut pada hidung kucing biasanya mempunyai jenis corak yang unik seperti cap jari manusia.


4. Terdapat lebih 500 juta ekor kucing tempatan diseluruh dunia yang dibahagikan kepada 33 jenis berlainan.


5. Jantung kucing akan berdegup 2 kali lebih pantas dari jantung manusia pada kadar 110 ke 140 kali seminit.


1 Comment


Muhd Zal Hasmi
Muhd Zal Hasmi
Feb 12, 2021

Tq for this information


Like
bottom of page