Kecacingan pada kucing ( eeewww gelinyaaaa yekkss)
- sapikhalim11
- Mar 10, 2021
- 5 min read
KECACINGAN PADA KUCING

hi guys asalamualaikum apa khabar semua, semoga semua para pembaca blog abah kucing sentiasa dikurniakan kesihatan dan dipermudahkan segala urusan walau di mana pun anda berada,
baiklah seperti yang dijanjikan pada entry “6 peringkat hidup kucing” sebelum ini, pada kali ini saya akan bercerita serba sedikit mengenai kecacingan pada kucing,jenis jenis cacing yang biasa menjangkiti kucing kita, cara dijangkiti, cara mencegah, merawat, dan lain lain..insyallah semoga bermanfaat buat semua pecinta kucing dan sesiapa sahaja yang membaca . baik yang pertama-tamanya cacing adalah antara parasite yang boleh menjangkiti kucing selain ekto parasite yang lainnya........... jadi ramai yang bertanya, normal ke kecacingan ni pada kucing? hahaa, jawapannya iya, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh “Cornell University, College of Veterinary Medicine lebih 45% daripada populasi kucing boleh terkena Cacing Gastrointestinal (GIT) pada bila bila masa sahaja. Tetapi tak perlu risau , kecacingan pada kucing boleh dirawat dan dicegah sekiranya mengamalkan ‘deworming regime’ yang betul dan effective.
.....
Apa tanda tanda kucing anda dijangkiti cacing?
Biasanya kita dapat kenal pasti kucing yang dijangkiti cacing dengan cara melihat ciri-ciri atau perubahan sikap yang berlaku pada kucing
namun ada juga kes dimana kucing yang dijangkiti cacing tidak menunjukkan apa apa symptom sehinggalah bilangan atau jangkitan cacing yang terlalu teruk. Oleh itu , merawat itu lebih baik daripada mengubati ya teman teman pembaca sekalian..ehehee *wink >.0
SIMPTOM KECACINGAN PADA KUCING
1. Hilang Selera Makan
2. Penurunan Berat Badan/Kurus/Berat Badan Sukar Naik Walaupun Makan Banyak
3. Sembelit Dan Cirit Birit (Diarrhoea)
4. Boleh Nampak Kesan Irritation Dekat Anus Kucing
5. Muntah
6. Perut Buncit, Tak Mahu Makan Atau Terlebih Makan,
7. Bulu Tidak Berseri, Kusam
8. *Berlaku Radang Kulit Terutama Pada Celah Kaki (Larva Sedang Bermigrasi)
9. Observe najis kucing *rujuk pada fecal scoring chart

*najis yang normal adalah score 3,4 ..
Okay tadi dah bincang dan tahu berkenaan dengan symptom kecacingan pada kucing kan? Haa jadi lepasni dah boleh kenal dan tahu sekiranya kucing anda dijangkiti cacing atau tidak.
Jadi macamana pula cacing ini boleh menjangkiti kucing?
*WORM (in general) INFECTION ROUTE

1.persekitaran
Baik, dalam kebanyakan kes biasanya kucing mendapatkan cacing apabila terdedah kepada najis kucing lain yang telah dijangkiti, kerana di dalam najis tersebut terdapat larva cacing, kadang kadang apabila kucing dibiarkan bermain di luar, apabila mereka bermain dan berbaring, larva ini akan melekat pada bulu/anggota badan mereka , dan apabila kucing merapikan diri kucing menjilat bahagian badan,bulunya membolehkan larva ini ditelan ke dalam sisten pencernaan kucing dan berakhir di usus dan membesar di sana. 2.tikus
kucing yang memburu binatang lain seperti tikus juga boleh mendapatkan cacing daripada mangsanya tersebut kerana tikus juga merupakan ‘intermediate host’ bagi sesetengah spesies cacing.
3.kutu
Selain itu, ekto parasite seperti kutu juga boleh menyebabkan kucing dijangkiti cacing , kerana apabila kucing menjilat bulu, boleh juga tertelan sekali kutu yang membawa cacing bersamanya, .
4.susu ibu kucing
Anak kucing(kitten) juga antara yang sangat mudah terkena jangkitan oleh kerana, anak kucing boleh mendapatkan jangkitan cacing secara intramammary route, daripada meminum susu yang dihasilkan oleh si ibu yang dijangkiti cacing.
Okay kemudian, jom kita kenal pulak jenis jenis cacing yang biasa menjangkiti encik meow anda.
JENIS JENIS CACING PADA KUCING 1.Cacing Bulat -Round worm) (NEMATODE)
*cara nak ingat cacing ni, lecturer sy bagitau ingat mi spageti, hehe kembang tekak oi
(Toxascaris leonina dan Toxocara cati) adalah cacing yang biasa menjangkiti kucing anda, lebih lebih lagi pada anak kucing kerana cacing boleh dijangkiti melalui intramamammary route, cacing dewasa boleh mencapt 3-5 inci. Tinggal dalam usus kucing dan mendapatkan nutrient daripada apa yang dimakan oleh kucing tersebut (menyebabkan kucing kurus)
Anak kucing yang terkena jangkitan kucing ini sekiranya tidak dirawat boleh menyebabkan, hilang selera makan, anemia(sel darah merah kurang) yang boleh menyebabkan kematian
Toxocara juga boleh menjangkiti manusia ya selain Toxoplasma, jadi sentiasa basuh tangan sebelum makan. setelah memegang haiwan peliharaan, membersihkan najis kucing dan menyentuh tanah. Maybe nanti saya akan tulis pula pasal jangkitan toxocara dan Toxoplasma ni pada manusia ya..hihi stay tuned
.
2. Cacing pita -Tapeworms (CESTODES)
* yang ni lecturer sy cakap , nak ingat nak kenal ingat mi kueyteow, ingat kuewteow ingat cacing pita. huhuuhukk
(Dypilidum caninum) tapeworm atau cacing pita ini, biasanya akan ada apabila kucing anda ada kutu, jadi kalua kucing ada kutu, biasanya memang akan ada lah cacing ni, sebab kutu adalah intermediate host kepada cacing ini, dan apabila kucing menjilat bulunya dia akan tertelan sekali kutu bersama dengan telur larva cacing pita ini.
Cacing ini juga tinggal di dalam usu dan menyerap nutrient daripada makanan yang dimakan oleh host nya. Apabila cacing ini mencapai kematangan ia akan berpecah menjadi segmen segmen yang kecil (proglottid) dan boleh dilihat di dalam najis kucing seperti gambar di atas. Tujuannya?? untuk melepaskan larvanya untuk kitaran seterusnya..

Antara cacing usus yang lainnya
3.Whipworm
4.Hookworm
Alrightt haahaa, macamana para pembaca sekalian.. okay tak tuu? Hiihiih okayy boleh rehat jap minum air pastu sambung baca lagi.. heheh okay lepas dah kenal jenis jenis cacing jom saya share sikit, langkah-langkah deworming ataupun tips supaya kucing anda tidak dijangkiti cacing.
Cara-cara merawat jangkitan Cacing pada kucing (deworming)
baik sekiranya anda mendapati kucing anda mempunyai symptom symptom seperti yang dinyatakan di atas, boleh la rujuk kepada klinik veterinar yang berdekatan untuk dapatkan ubat cacing pada kucing., boleh je mana mana , swasta ataupun kerajaan
Pemberiannya biasanya diberi melalui oral. Disuap ke mulut. Boleh minta tolong dr, atau animal technician di sana ajarkan nanti
Saranan pemberian ubat cacing untuk mencegah jangkitan adalah, 1.bermula pada anak kucing bermula 2 minggu dah boleh bagi ubat cacing satu kali
2. kemudian setiap dua minggu sekali sehinggalah anak kucing berumur 2 bulan
3. kemudia sebulan sekali sehinggalah anak kucing berumur 6 bulan
4. dan terakhirnya sekali setiap tiga bulan.
Tetapi mcm yang sy cakap awal awal tadi, jangkitan cacing pada kucing biasanya tidak menunjukkan kesan yang begitu ketara kepada kucing dewasa, namun sangat fatal dan boleh menyebabkan kematian pada anak kucing oleh kerana, anak kucing memerlukan tenaga dan nutrisi yang secukupnya bagi menampuh aktiviti pembesaran mereka.
Berapa kos ubat cacing? Kalau mengikut pengalaman dan survey klinik sekitar saya dan hasil tanya rakan rakan yang dah berkerja di klinik. Kos untuk ubat cacing dalam RM5-RM10 macam tu.. mungkin kalau pergi klinik kerajaan boleh dapat lebih murah.
Tips supaya kucing anda tak dijangkiti Cacing ada banyak tips tapi saya kongsikan yang paling utama
1. Kurangkan aktiviti di luar, keeping your pets inside boleh mengurangkan risiko kucing anda terdedah kepada larva cacing yang berada di persekitaran
2. Sentiasa bersihkan bekas najis kucing
3. Kena selalu bersihkan kucing dan cegah kutu.
4. Beri ubat cacing mengikut saranan masa
5. Dan akhir sekali patuh pada tips 1-4 tadi hehe.. iya betul ni tak tipu hehe.
Okaylahh saya rasa dah banyak yang kita dapat pelajari dan fahami harini kan? Haaa semoga bermanfaat buat semua, sama samalah kita jaga kesihatan haiwan kesayangan kita, dan untuk merawat kucing yang ada cacing ini, ingatlah supaya kita juga mengambil kira langkah langkah keselamtan seperti memakai sarung tangan, sentiasa basuh tangan dengan sabun dan lain lain kerana ia juga boleh menjangkiti manusia.
Okay jadi setakat itu dahulu untuk perkongsian kita pada kali ini untuk kali ni, saya share sedikit video yang saya dapat daripada facebook . halalkan saya share video kalian di blog saya ya hiihi..okay byee until then theres no God except Allah.. Goodbye!
*video
Reference:
Video Link Credit to Owner: 1. https://fb.watch/489JdaZwMB/
Hi, new reader here. Great blog and its very informative too. keep it up!
Very informative. I take this as a big service to the community. Great job Al.👍
~Amir